Friday, February 22, 2019

TIMEWISE RENEWING GEL MASK

Hi korang 👋🏼

Sekarang ni cuaca panas litlit kan...kakak even dok dalam opis je hari2 mesti habis minum air 3liter tu pun x cukup uolsss...same goes with our skin...perlukan air yang mencukupi bagi memastikan kulit kekal lembap

                            Image may contain: flower



Renewing Gel Mask Mary Kay ini berfungsi untuk:-

 Mengunci lembapan agar kulit kekal lembap
 Membantu meredakan kulit yang menggelupas akibat terlalu kering
 Menyerap minyak pada kulit yang terlalu berminyak
 Menyuburkan kulit
 Membuat kulit rasa lebih tegang, lembut dan sihat
 Membantu mengurangkan penampilan pori, garis halus dan kedutan 

Garis halus serta kedutan akan nampak ketara apabila kulit tak cukup lembapan atau ertikata lainnya kulit kering. Kulit berminyak pun perlu tau gel mask ni bagi mengekalkan lembapan..

Yang paling penting ekstrak acai beri yang ada di dalam gel mask ini bertindak sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas.

Apa RADIKAL BEBAS tu? 🤔
Radikal bebas terhasil daripada asap rokok, alkohol pencemaran udara etc.


                        Image may contain: text


Korang tau tak Gel mask ni xperlu tunggu 10 ke 15 minit utk dibersihkan? In fact gel mask ni korang bole bawak tido tau 😉

Dah lepas korang apply semua step nite skincare routine tu last sekali apply gel mask ni and terus je tido...esok pagi bangun baru bersihkan and korang akan dapat lihat dan rasa perubahan pada skin korang

Korang nak pakai tiap2 malam pun boleh sebab gel mask ni supplement for your skin 😊



So pastikan kulit kita mendapat air/lembapan yang secukupnya bagi memastikan kulit sihat cantik dan glowing 

Semoga sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)


Tuesday, February 19, 2019

OMG!!! Whitehead? Blackhead?

OMG! Whitehead? Blackhead? Bole ke hilang kalau hanya guna cleanser? 🤓


Apa penyebab blackhead/whitehead? 🧐

1. Check rutin asas!!!
Tidak amalkan step penjagaan wajah yang sempurna/lengkap.

2. Pori yang terdedah pada habuk/debu/kulit mati yang tebal berlapis2 bercampur minyak (disebabkan tak pakai pelembap) akan sebabkan kulit produce minyak berlebihan dan memudahkan pembentukan whitehead ➡ blackhead 🔜 jerawat 🧐




Sebab tu kalau betul2 nak kulit bersih... takde whitehead/blackhead/jerawat/jeragat/aging dan lain lain semua tu perlukan rutin penjagaan kulit yg lengkap


❄Bila cuci muka, sudah pastilah lapisan atas kulit kita bersih.

❄ Bila pakai mask/scrub, pores akan dibersihkan lebih mendalam @optimum termasuk sel2 kulit mati, iaitu punca kepada kulit kusam

❄Bila pakai penyegar, kulit lebih bersedia untuk penyerapan maximum, produk yang seterusnya terutamanya serum dan juga membantu mengangkut lebihan kotoran yang tertinggal atas lapisan kulit ataupun dipanggil double cleansing technique.

❄ Bila pakai pelembap, kulit akan lebih stabil (tidak terlalu berminyak / sangat kering). Kelembapan semulajadi kulit dapat dikekalkan, terutamanya bila terdedah pada persekitaran (cahaya matahari/aircond)

☀Bila pakai sun protection, kulit terlindung drp bahaya uv ray punca kepada penyakit2 kulit/risiko jeragat dan kedutan/kusam dan lain lain.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.
Takde BC lagi? Meh cepat wasap Ciksue www.wasap.my/+60193920129 💋




Kenapa 5 Rutin Asas Penting




Video kredit to Facial Valet

Tahukah anda jeragat keluar dari lapisan terakhir di epidermis? 🧐

Yes, dari lapisan paling bawah epidermis ke permukaan kulit sehingga kita lihat ia sbg tompok berwarna coklat kecik (Sun spot) tadi. Bila dibiarkan, lama2 tompok2 kecil akan bercantum dan menjadi tompok coklat besar (age spot) 😱
Makin besar tompok jeragat, semakin sukar untuk dipudarkan

Berikut adalah salah satu sebab Punca Jeragat
🛑 Kulit terdedah kepada sinar uv matahari

🛑 hormon mengandung
🛑 ubat-ubatan (kesan sampingan)


Ingat❗️
Semakin banyak, kerap kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak laa melanocytes menghasilkan melanin.
Ini kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel2 kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak.

Namun begitu, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin yang menjadikan sel kulit mudah berjeragat. Jeragat lebih mudah terjadi apabila usia kita meningkat.👵🏻

Mesti lengkapkan 5 rutin asas penjagaan kulit yg lebih sihat untuk makin cantik dan muda dan cegah jeragat

Cleanser sahaja tak cukup kan!

Mask untuk buangkan sel kulit mati, dead cell, sekatakan tona warna wajah dan elakkan kulit kusam

Softener untuk rapatkan pori, double cleansing dan kekalkan lembapan kulit selepas cucian wajah

Moisturizer sangat penting sebagai pelindung dari hidrasi atau air terhidrat keluar dari kulit. Jadi kulit lebih basah, lembap, tak kering dan tak kedut.

Kulit dah bersih tapi takkan nak togel2 gitu jumpa matahari. So at least lindungilah kulit daripada UV. Gunalah spf (sun protection). 

Say NO to Jeragat

Jadi, pentingkan 5 Rutin Asas ni 💓

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.
Takde BC lagi? Meh cepat wasap Ciksue www.wasap.my/+60193920129 💋

Wednesday, February 13, 2019

Tips Memilih Perfume

                          Image may contain: text



Nak pilih perfume pun ada caranya...Nak pastikan perfume yang kita pakai tu kekal lama...Jom baca entry kali ni...Ciksue nak share sikit tentang tips nak pilih perfume

1. JANGAN GOSOK PERGELANGAN TANGAN

Kita biasa gosok perfume yg kita dah sembur kat pergelangan tangankan 😅 i pun tak sure kenapa kita normally buat mcm tu tapi sebenarnya bila kita gosok pergelangan tangan mcm tu molekul molekul di dalam perfume akan pecah 😱 dan itu adalah punca wangian tak kekal lama 

2. SEMBUR PADA TITIK DENYUT NADI

Kenapa perlu sembur pada titik denyut nadi? 🤔 Kenapa tak di tempat lain? 🤔🤔
Titik denyut nadi adalah tempat yang paling tepat untuk menyembur perfume kerana nadi merupakan pembuluh darah yang amat dekat dengan permukaan kulit dan ini menyebabkan titik ini lebih panas dari bahagian bahagian lain kulit. .

So kepanasan ini menyebabkan aroma perfume lebih cepat merebak 😊

3  JANGAN CIUM LEBIH DARI 3 BAU PADA SATU MASA

Kalau rasa rasa nak cium lebih dari 3 bau bawak kopi siap2 dari rumah. Tujuannya untuk meneutralkan kembali deria bau kita di hidung.

4 KENALPASTI JENIS MINYAK WANGI

Minyak wangi ni ada EDP dan EDT. Ramai orang keliru dan tak tahu apa itu EDP dan EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakala EDT adalah Eau De Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. EDT pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekitar 4-8% cairan original perfume tersebut. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-5 jam. Jadi lakukan perbandingan dan pilih secara bijak!

5 SEMBUR PADA KULIT

Minyak wangi akan beri aroma berbeza apabila disembur pada kulit. So, semasa proses pemilihan minyak wangi, sembur pada kulit dan bukan pada baju 😉

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca 😘

Xde BC lagi? Meh wasap Ciksue www.wasap.my/+60193920129


Friday, February 1, 2019

RISAUNYA JERAGAT MAKIN BANYAK 🙁🙁🙁

Hasil carian imej untuk jeragat



Apa Jeragat tu? 🧐🧐

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.


Jeragat menjadikan tona kulit tidak sekata. Jeragat biasanya lebih gelap daripada tona asal kulit.

Apa punca Jeragat ni? 🤔🤔🤔

Kulit kita terdedah kepada sinaran UV. Semakin banyak kulit terdedah kepada sinaran UV semakin banyak melanin yang akan dihasilkan.


Melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Namun pengeluaran melanin yang berlebihan akan menyebabkan terjadinya jeragat.

Jeragat tak boleh dihilangkan namun kehadirannnya mampu dikurangkan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca 😘

Xde BC lagi? Meh wasap Ciksue www.wasap.my/+60193920129