Friday, August 16, 2019

Apa NON COMEDOGENIC tu?

Hi korang ðŸ™‹‍♀️

Pernah dengar tak perkataan NON COMEDOGENIC? Pernah nampak tak di Facebook atau Instagram ada seller Produk Kecantikan yang cerita tentang produk mereka NON COMEDOGENIC? Kalau kita tak tau apa tu NON COMEDOGENIC sure tertanya tanyakan apa maksud tu?

OK meh Ciksue cerita sikit. Perkataan COMEDO merujuk kepada jerawat yang muncul bila liang pori tersumbat dan ianya noleh membentuk blackheads atau whiteheads. So korang mesti nak taukan NON COMEDOGENIC tu apa pulak?



NON COMEDOGENIC bermaksud tidak menyumbatkan liang pori yang menyumbang kepda terjadinya jerawat, blackheads atau whiteheads. Biasanya NON COMEDOGENIC ni merujuk kepada sesuatu produk.

Produk yang bersifat NON COMEDOGENIC ni amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana kulit jenis ini amat mudah untuk ditumbuhi jerawat kerana minyak yang berlebihan telah menyumbatkan liang pori. So produk bersifat NON COMNEDOGENIC ini amat sesuai kerana ianya tidak menyumbatkan liang pori dan dapat membantu memastikan benefits products sampai kepada kulit tanpa menyumbatkan liang pori.

Semoga tips yang dikongsi akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca. 
Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)


Wednesday, August 14, 2019

Jom Kenali ACID MANTLE atau SKIN BARRIER

Pernah tak alami keadaan kulit pedih apabila pakai produk kulit? Kulit jadi merah dan gatal gatal, sensitif pada apa sahaja termasuk persekitaran? Atau kulit jadi bertambah teruk apabila meningkatnya usia? 

Andai ada pernah alami perkara perkara di atas adalah berkemungkinan Acid Mantle anda telah rosak.

Apa ACID MANTLE atau SKIN BARRIER tu?
Ianya adalah lapisan pelindung semulajadi pada permukaan kulit kita. Acid Mantle terdiri daripada Sebum yang dirembeskan oleh kelenjar minyak, peluh, sel sel kulit mati dan lipid.

Apa Fungsi Acid Mantle?
Ianya berfungsi sebagai pertahanan badan daripada serangan bakteria, virus dan juga bahan radikal bebas yang berbahaya. Selain itu ianya juga berfungsi untuk menghalang kehilangan lembapan pada kulit. Acid mantle mempunya ph sekitar 4.5 ke 5.5



Sekiranya kita nak membeli produk penjagaan wajah, digalakkan unutk membaca dan mengetahui kandungan produk yang kita pakai bagi memastikan acid mantle kita tidak rosak. Pastikan produk yang digunakan tidak mengandungi kandungan ph yang tinggi.


Bila ph acid mantle ni berubah akan menyebabkan kerosakan acid mantle akibat daripada bahan radikal bebas, bakteria dan virus. Bila acid mantle ni rosak akan menyebabkan kulit jadi kekeringan, gatal gatal, pengelupasan, kemerah merahan, kulit jadi sensitif. Keadaan ini akan menyebabkan ekzema, psoriasis, dermatitits, jerawat dan keradangan kulit.

Acid mantle ni umpama baju yang kita pakai. Baju ni fungsinya untuk melindungi kita daripada terdedah kepada pandangan orang dan keadaan sekeliling. Bila baju koyak tu maksudnya baju tu dah rosak. Bila dah rosak dah tak boleh nak lindung kita lagi. So kenalah cari baju baru. 

So bila acid mantle ni rosak apa nak kena buat? Kenalah cari produk yang ph rendah.  Pastikan kulit kita cukup hidrasi. Guna produk yang membantu untuk menghidrat skin kita seperti softener yang mempunyai kandungan Hyaluronic Acid.

Lepas tu kena elakkan daripada lakukan perkara perkara ni:- 

→ Jangan cuci muka guna cleanser lebih dari 2x sehari. Nanti overcleanse.
→ Don't over exfoliate
→ Jangan guna toner yang tinggi kandungan alkohol
→ Tak pakai sun protector

So elakkan dari memakai produk yang salah bagi mengelakkan kerosakan acid mantle. Nak dapatkan kulit yang sihat bukannya kerja semalaman tetapi memakan masa yang lama. Apa yang penting jangan cepat give up dan sentiasa konsisten dengan rutin asas kita. dan Sentiasa prihatin dengan perubahan kulit kita.

Semoga tips yang dikongsi akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca. 


Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)





Friday, August 2, 2019

Nak Lipstick Yang Sesuai Dengan Anda? Ikut Tips2 Ni

Wanita dan Lipstick tak boleh dipisahkan. Ada ke yang tak setuju dengan statement Ciksue ni? Sekurang kurangnya sebatang lipstick mesti ada pada setiap wanita. Selalu peningkan nak pilih lipstick yang sesuai dengan kita? Lebih lebih lagi di pasaran sekarang terdapat pelbagai warna lipstick so lagilah rambang mata nak pilih.


Pernah tak beli lipstick tapi guna sekali je lepas tu simpan je tak berusik? Senario macam tu selalu jadi sebab warna lipstick tu tak kena dengan kita ataupun lipstick tu buat bibir menggelupas. Dalam entri ni Ciksue nak share tips nak pilih lipstick yang sesuai dengan kita.


1. Bentuk bibir
Perhatikan bentuk bibir anda terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membeli warna gincu yang cerah atau gelap. Ini kerana warna yang gelap boleh membuatkan bibir kelihatan lebih kecil.
Warna gincu yang cerah pula boleh membuatkan bibir tampak lebih besar. Justeru, sebelum membeli gincu, perhatikan bentuk bibir sama ada ia bersaiz kecil atau besar dan sebab untuk anda memiliki warna berkenaan.

2. Satu warna gincu yang mudah dipadankan dengan pelbagai warna pakaian
Walaupun anda begitu menyukai pelbagai pilihan warna gincu, pastikan sekurang-kurangnya memiliki satu warna yang boleh dipakai untuk ke mana saja. Pilih warna yang semula jadi dan menjadi kegemaran untuk digayakan setiap hari.

3. Warna kulit sesuai
Kita sering melihat wanita yang berkulit cerah beruntung kerana boleh mengenakan apa sahaja warna gincu. Apa sahaja warna yang dipilih nampak sepadan dan cantik. Mereka boleh saja bergaya semula jadi dengan warna gincu seperti nude, kuning kemerah-merahan atau coklat muda.
Warna merah muda juga tampak sesuai dengan ton kulit anda yang putih, namun elakkan daripada memilih rona gincu yang terlalu cerah kerana boleh menonjolkan kulit yang pucat.

4. Warna hangat untuk kulit sederhana
Untuk si manis berkulit sederhana jangan bimbang kerana ada banyak warna gincu yang bersesuaian dengan si pemilik kulit medium. Kulit medium terlihat sempurna dengan warna hangat seperti tembaga atau coklat kekuningan, namun sesekali boleh juga gayakan gincu rona merah, kuning kemerah-merahan atau fuschia (merah jambu keunguan).

5. Si pemilik kulit gelap
Pemilik kulit gelap juga boleh mengenakan gincu rona cerah atau warna kesukaan diinginkan. Tidak perlu bimbang untuk memilih rona gincu sesuai kerana di pasaran kini banyak warna yang ditampilkan oleh jenama tempatan atau antarabangsa.
Misalnya, warna merah tua, coklat kekuningan dan tembaga sangat sesuai dengan ton kulit gelap. Bukan itu saja, boleh juga gayakan gincu rona cerah seperti nude, namun perlu diingat elakkan rona oren untuk bibir anda.

6. Ketahui warna bibir
Cuba gunakan gincu bahagian bawah bibir saja dan bandingkan dengan atas bibir. Jika bayangannya jauh berbeza, pilih warna lain.
• Cerah: Bagi kulit cerah, boleh cuba gincu berwarna merah jambu, merjan, kuning kemerah-merahan, nude atau beige.
• Medium: Pemilik warna kulit medium sesuai dengan gincu berwarna mawar atau beri.
• Gelap: Warna kecoklatan dan ungu sesuai untuk mereka yang berkulit gelap.

7. Sebelum membeli, cuba terlebih dulu
Cukup sapukan gincu yang ingin dicuba di kawasan berdekatan jari kerana kulit di bahagian itu warnanya hampir sama dengan rona bibir. Jika memilih sapuan gincu jenis matte, ia akan memberikan kesan bentuk bibir yang lebih kecil. Sebaliknya, jika memilih gincu berkilau, ia akan membuatkan bentuk bibir kelihatan lebih besar.

8. Sesuaikan dengan penampilan
Boleh juga tentukan warna gincu sesuai dengan penampilan. Anda tidak perlu menyamakan warna gincu dengan baju. Misalnya, apabila mengenakan pakaian berwarna merah darah, bukan bererti anda harus menggunakan warna merah darah pada bibir juga.
Boleh ikuti panduan ini untuk menyesuaikan warna gincu yang sesuai:
• Nude: Warna nude sesuai hampir untuk semua penampilan, kasual atau dramatis.
• Merah: Warna merah akan membuat penampilan lebih menonjol walaupun pakaian yang digayakan biasa saja. Hindari mencampurkan warna gincu merah dengan pakaian yang terang atau motif mewah.
• Merah jambu: Warna merah jambu memang tersedia dalam berbagai jenis. Merah jambu yang sedikit lebih terang daripada warna semula jadi bibir sesuai untuk penampilan seharian.
• Beri: Warna beri yang cenderung gelap sesuai untuk kamu yang ingin tampil sedikit misteri.

Sumber:- Tekan Sini 


Tips Untuk Bibir Kekal Sihat



Sisa makanan dan juga lipstick yang tidak dibersihkan dengan betul boleh mengakibatkan bibir rosak. Rajin bersihkan bibir bagi mengelakkan bibir jadi hitam, menggelupas dan luka. 

a). Sentiasa bersihkan bibir menggunakan scrub yang mempunyai kandungan minyak bunga matahari kerana ianya mempunyai kandungan antioksidan dan Vitamin E yang memelihara bibir.

b). Gunakan lip balm selepas bibir di scrub bagi mengembalikan kelembapan bibir. Gunakan lip balm yang mempunyai kandungan shea butter dan ekstrak minyak jojoba. Campuran shea dan jojoba butters memberi keselesaan dan melegakan bibir. Shea Butter kaya dengan antioksidan Vitamin A dan E, membantu kulit untuk kekal lembap manakala Jojoba dapat melembapkan dan melindungi kulit.

Nak dapatkan tips penjagaan bibir? Baca entry ini

Semoga tips yang dikongsi akan dapat membantu korang untuk memilih lipstick yang sesuai dan memberi manfaat kepada yang membaca. Kalau nak dapatkan sample lipstick Mary Kay boleh contact Ciksue (tapi depends pada stock availability)


Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)