Friday, September 28, 2018

Tak Suka Pakai Pelembap? Ini Kesannya Kepada Kulit Wajah


"Tak suka pakai pelembaplah sebab kulit aku dah memang berminyak" 
"Ishhh tak sukalah pelembap sebab buat kulit berminyak"

Ini antara rungutan yang sering kita dengar apabila kita bercakap tentang pelembap. Rata rata wanita berpendapat pelembap membuat kulit wajah menjadi lebih berminyak. 


Lebih dikenali sebagai moisturiser, pelembab wajah selalunya datang dalam bentuk krim. Walaupun rawatan kulit ini sering digunakan oleh para wanita, oleh kerana cuaca zaman ini yang agak luar biasa, para lelaki juga amat digalakkan untuk menggunakannya sekarang. 
Setiap individu memiliki krim pelembab pilihan mengikut jenama kesukaan sendiri selain mementingkan fungsi khas yang bersesuaian dengan kulit masing-masing. 





Kenapa perlunya pelembap? 

Pelembap bukan sahaja berfungsi untuk melembapkan kulit tetapi ianya juga berfungsi sebagai pelindung daripada habuk yang akan menyumbatkan pori dan juga bertindak sebagai agen kawalan kelembapan kulit. 






Apa akan jadi kalau kita tidak pakai pelembap?




Kulit terlihat kasar dan mudah mengelupas

Kulit yang tidak disapukan dengan pelembap akan mengalami masalah kekurangan nutrisi.
Akibatnya permukaan kulit akan menjadi kasar, warnanya tidak sekata dan pori-pori akan menjadi lebih besar. Saat cuaca kering, kulit yang kekurangan pelembap juga akan lebih mudah mengelupas.


Kulit terasa gatal

Kulit yang sangat kering biasanya terasa tegang dan gatal. Kita akan merasa tidak selesa dan akan membuatkan kita  menggaru sehingga akhirnya menjadikan kulit menjadi rosak. Risikonya kulit akan menjadi merah dan mengelupas.


Kulit kusam dan terlihat lebih gelap

Kulit gelap yang terawat bakal terlihat lebih bercahaya daripada kulit putih yang kusam.
Inilah yang biasa terjadi jika kita jarang menggunakan pelembap. Kulit yang kekurangan nutrisi akan memiliki rona kusam dan terlihat lebih gelap.


Menjadikan jerawat semakin parah

Kulit yang kering menjadikan jerawat semakin parah. Ini kerana kulit memproduksi semakin banyak sebum untuk mengembalikan kelembapannya. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, gunakan pelembap bebas minyak tanpa aroma dan tanpa komedogenik untuk merawat jerawat pada wajah.


Kerutan terlihat semakin jelas

Kulit yang kering atau mengalami dehidrasi akan membuatkan semua garis halus pada kulit wajah akan jelas kelihatan. Jika kita melewatkan penggunaan pelembap, garis halus di bahagian wajah akan semakin jelas kelihatan.

Pelembap berfungsi menjaga kesihatan lapisan elastin dan kolagen. Jika kulit tidak mendapatkannya dalam jumlah yang memadai, wajah akan terlihat lebih berusia.


Itu adalah serba sedikit antara kesan daripada tidak menggunakan pelembap wajah..so dah tau kesan kesannya pada kulit wajah agak agak korang insaf tak lepas ni? Banyak terdapat produk pelembap di pasaran sekarang. Pilihlah pelembap yang sesuai dengan kulit kita bagi memastikan kulit mendapat manfaat sepenuhnya.



CikSue Mohamad
Perunding Kecantikan Anda
019.392.01.29

Monday, September 24, 2018

Jom tengok penyelesaian masalah jerawat anda

Hiiiii sebelum ni CikSue ada buat posting tentang jerawat, bagaimana kewujudan jerawatkan? So posting kali ni CikSue nak perkenalkan superhero kepada anda yang mempunyai masalah jerawat.

Tadaaaaaaaa......Clearproof Acne Skincare daripada Mary Kay.



Bulan September ni ada PROMO untuk Set Clearproof ni. Dengan hanya RM316.00 anda akan mendapat :-

  • Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin
  • Blemish Control Toner
  • Clear Proof Spot Solution
  • Pore Purifying Serum
  • PERCUMA Clear Proof Oil Free Moisturizer
Harga retail set ini RM404.00. Anda dah JIMAT RM88.00.  



Jom kita tengok apa fungsi Clearproof skincare ni ↓↓

  • Memastikan pori tidak tersumbat
Apabila minyak dihasilkan, ia akan naik ke atas dan keluar melalui pori untuk melincirkan kulit. Tetapi dalam kes kulit yang mudah diserang jerawat, sel kulit mati yang biasanya tanggal begitu sahaja telah terkumpul di dalam pori, memerangkap minyak di dalamnya. dan membentuk jerawat. Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin dirumus khusus untuk menanggalkan kulit mati di permukaan daripada menyumbatkan pori. 

  • Membantu mengurangkan minyak yang berlebihan
Minyak dihasilkan dalam kelenjar sebum yang terletak di bawah permukaan kulit. Sementara sejumlah tertentu minyak diperlukan untuk melembutkan kulit serta mengekalkan sekatan pelindungnya, minyak yang berlebihan boleh menyebabkan pori tersumbat. Mary Kay® Clear Proof® Acne System dirumus khusus untuk membantu menanggalkan minyak yang berlebihan.  


Produk ini sesuai untuk:-
  • Sesuai untuk kulit sensitive 
  • Tidak komedogenik 
  • Bebas minyak 
  • Bebas wangian
Sempat lagi nak grab promo ni. Jangan tunggu sampai promo dah habis baru nak grab masa tu sayang semuanya sudah terlambat.

Whatsapp CikSue sekiranya anda berminat nak dapatkan set ni. CikSue sedia berkhidmat untuk anda ecehhhwahhh




CikSue Mohamad
Perunding Kecantikan Anda

019.392.01.29










Tuesday, September 18, 2018

Arggghhhh JERAWAAATTTTT!!!!






Arghhhhhhh!!!!! Jerawaattttttt??? Hahaha itulah reaction kita kaum Hawa bila Cik Jerawat datang bertandang ke wajah kita. Punyalah panik macam jerawat tu bawa bencana besar dalam hidup.


Sebenarnya tahukah anda bagaimana jerawat terbentuk?





Jerawat sebenarnya terhasil apabila sel kulit mati dan minyak yang berlebihan menutup liang pori. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya infeksi bakteria dan mengakibatkan keradangan pada kulit yang akan menghasilkan cecair dan nanah yang dipanggil jerawat. 



Selain itu, kulit anda mempunyai pembukaan yang kecil yang dipanggil folikel rambut kerana ia merupakan pembukaan di mana bulu atau rambut keluar dari lapisan kulit. Apabila folikel rambut ini tersumbat dengan kotoran, minyak dan sel kulit yang mati, jerawat akan berlaku. 



Jika kumpulan kotoran ini berlaku di dalam folikel, ia akan menjadi “whitehead” iaitu jerawat yang berwarna putih dan jika kumpulan kotoran tersebut terjadi di luar folikel, ia akan menjadi “blackhead” iaitu jerawat yang berwarna hitam. Jerawat yang berwarna merah dan yang sakit berdenyut terjadi apabila terdapat jangkitan di folikel rambut tersebut.






Pernah dengar tak orang cakap kalau kulit wajah kita kotor antara punca jerawat? Ada kebenarannya tetapi tahukah anda mencuci muka 2x sehari menggunakan pencuci muka sudah memadai?


Apa akan jadi sekiranya mencuci muka terlalu kerap?



Haaaa ni CikSue nak bagitahu, bila kita mencuci muka terlalu kerap akan menyebabkan kulit wajah kita menjadi teralu kering serta hilang kelembapan dan juga akan menyebabkan kulit kita lebih cenderung untuk jadi lebih berminyak dan mengakibatkan jerawat. 



So memadailah mencuci muka 2x sehari di waktu pagi dan juga sebelum tidur malam.




Suka biarkan syampu rambut terkena muka?






Lepas ni elakkan ye syampu rambut daripada terkena muka. Nak tau kenapa? Jom baca bawah ni



Dalam syampu rambut terdapat bahan pelembap atau minyak yang bertindak sebagai pelembap kepada rambut kita. Sekiranya kita biarkan syamput terkena pada muka kita bahan tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan menyebabkan terjadinya jerawat.Jadi sebaiknya kita elakkan daripada syampu ataupun buihnya terkena pada wajah.







Suka sangat pegang muka



Tau tak tangan kita ni terdedah kepada bakteria? Bila kita pegang muka dengan tangan sebenarnya kita memindahkan bakteria dari tangan ke muka kita. Bila bakteria banyak di kawasan muka, mudahlah untuk mereka menyerang liang pori. Kan dah bagitau kat atas tu bila baktria bergabung meletop dengan minyak dan kulit mati akan menyumbat liang pori dan menyebabkan keradangan kulit? 



So seeloknya belailah wajah dengan tangan yang bersih bagi melindungi daipada jerawat.







Tidur dengan mekap di muka



CikSue rasa yang ni ramai yang buat ni. Tidur dengan mekap yang tidak dibersihkan. Especially pada yang selalu balik lewat malam badan dah letih terus boommm atas katil. Dengan mekap mekap dia tidur. 



Tahu tak mekap yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbatkan liang roma so bila liang roma dah terseumbat apa yang jadi? Opkoslah Cik Jerawat yang berkunjung. Sebaiknya bersihkan mekap dahulu sebelum masuk tidur bagi mengelakkan jerawat.







Perlu diingat Jerawat adalah masalah kulit yang boleh dikawal bukan dihapuskan. Kita akan bebas dari jerawat selagi kita konsisten mengamalkan langkah langkah pengawalan.



Jerawat boleh dirawat dengan pelbagai cara. Di antaranya:-



1. Menggunakan Pencuci Wajah dan Pembersih Mekap yang sesuai dengan kulit wajah kita. 



2. Sentiasa bersihkan kawasan muka terutamanya kawasan kawasan yang jerawat kerap tumbuh sepeti di kawasan pipi, dagu, sekitar T-zone area supaya kadar minyak yang berkumpul tidak berlebihan.



3. Mengawal pemakanan kita terutamanya makanan berminyak



4. Hindari memegang wajah dengan tangan yang kotor.



5. Sekiranya anda mengalami stress, pastikan anda memakai produk anti-jerawat untuk membersihkan wajah anda. Gunakan pada keseluruhan wajah bagi membuang lebihan minyak yang ada,



Sebenarnya ada banyak faktor lagi yang menyebabkan jerawat. Ini hanyalah beberapa faktor sahaja yang CikSue kongsikan. Rajin rajinlah membaca untuk tahu berkenaan jerawat.







CikSue Mohamad
Perunding Kecantikan Anda
019.392.01.29




Wednesday, September 12, 2018

Jawapan kepada masalah bibir merekah dan menggelupas 👄


Satin Lips® Shea Sugar Scrub & Shea Butter Balm

1) Satin Lips® Shea Sugar Scrub berfungsi untuk mengelupas secara lembut untuk melembut, menghalus dan mengilatkan bibir.

2) Satin Lips® Shea Butter Balm berfungsi untuk melembapkan bibir secara 
mendalam dan meninggalkannya dengan rasa segar.

Jom book appointment dengan CikSue untuk mencuba sebelum membeli 


CikSue Mohamad
Perunding Kecantikan Anda
019.392.01.29

Tuesday, September 11, 2018

Tips untuk mengelakkan bibir merekah




Semua orang mengimpikan bibir yang cantik dan mungil tetapi kerap melakukan kesalahan kesalahan yang menyebabkan bibir merekah.

Tahukah anda sekiranya tidak membersihkan bibir dengan betul daripada kesan gincu bibir yang dipakai boleh menyebabkan bibir merekah?

Selain daripada itu, pengambilan air putih yang kurang, kurang makan buah buahan dan sayur sayuran juga antara faktor bibir merekah.

CikSue nak share beberapa tips mudah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah bibir merekah:-

1. Sentiasa memakai LIP BALM bagi memastikan kelembapan bibir sentiasa terpelihara.



2. Menggunakan scrub bibir bagi membuang sel mati pada bibir (Jangan ingat wajah kita je yang ada sel kulit mati)




3. Elakkan menggigit atau menjilat bibir ketika kering atau menggelupas

4. Banyakkan makan sayuran dan buahan



Haaaa....tak susah pun nak dapatkan bibir mungil seksi macam Angelina Jolie kannnnn. Rajin rajinlah melakukan spa bibir bagi mendapatkan bibir yang cantik dan menawan




CikSue Mohamad
Perunding Kecantikan Anda
019.392.01.29