Arghhhhhhh!!!!! Jerawaattttttt??? Hahaha itulah reaction kita kaum Hawa bila Cik Jerawat datang bertandang ke wajah kita. Punyalah panik macam jerawat tu bawa bencana besar dalam hidup.
Sebenarnya tahukah anda bagaimana jerawat terbentuk?
Jerawat sebenarnya terhasil apabila sel kulit mati dan minyak yang berlebihan menutup liang pori. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya infeksi bakteria dan mengakibatkan keradangan pada kulit yang akan menghasilkan cecair dan nanah yang dipanggil jerawat.
Selain itu, kulit anda mempunyai pembukaan yang kecil yang dipanggil folikel rambut kerana ia merupakan pembukaan di mana bulu atau rambut keluar dari lapisan kulit. Apabila folikel rambut ini tersumbat dengan kotoran, minyak dan sel kulit yang mati, jerawat akan berlaku.
Jika kumpulan kotoran ini berlaku di dalam folikel, ia akan menjadi “whitehead” iaitu jerawat yang berwarna putih dan jika kumpulan kotoran tersebut terjadi di luar folikel, ia akan menjadi “blackhead” iaitu jerawat yang berwarna hitam. Jerawat yang berwarna merah dan yang sakit berdenyut terjadi apabila terdapat jangkitan di folikel rambut tersebut.
Pernah dengar tak orang cakap kalau kulit wajah kita kotor antara punca jerawat? Ada kebenarannya tetapi tahukah anda mencuci muka 2x sehari menggunakan pencuci muka sudah memadai?
Apa akan jadi sekiranya mencuci muka terlalu kerap?
Haaaa ni CikSue nak bagitahu, bila kita mencuci muka terlalu kerap akan menyebabkan kulit wajah kita menjadi teralu kering serta hilang kelembapan dan juga akan menyebabkan kulit kita lebih cenderung untuk jadi lebih berminyak dan mengakibatkan jerawat.
So memadailah mencuci muka 2x sehari di waktu pagi dan juga sebelum tidur malam.
Suka biarkan syampu rambut terkena muka?
Lepas ni elakkan ye syampu rambut daripada terkena muka. Nak tau kenapa? Jom baca bawah ni
Dalam syampu rambut terdapat bahan pelembap atau minyak yang bertindak sebagai pelembap kepada rambut kita. Sekiranya kita biarkan syamput terkena pada muka kita bahan tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan menyebabkan terjadinya jerawat.Jadi sebaiknya kita elakkan daripada syampu ataupun buihnya terkena pada wajah.
Suka sangat pegang muka
Tau tak tangan kita ni terdedah kepada bakteria? Bila kita pegang muka dengan tangan sebenarnya kita memindahkan bakteria dari tangan ke muka kita. Bila bakteria banyak di kawasan muka, mudahlah untuk mereka menyerang liang pori. Kan dah bagitau kat atas tu bila baktria bergabung meletop dengan minyak dan kulit mati akan menyumbat liang pori dan menyebabkan keradangan kulit?
So seeloknya belailah wajah dengan tangan yang bersih bagi melindungi daipada jerawat.
Tidur dengan mekap di muka
CikSue rasa yang ni ramai yang buat ni. Tidur dengan mekap yang tidak dibersihkan. Especially pada yang selalu balik lewat malam badan dah letih terus boommm atas katil. Dengan mekap mekap dia tidur.
Tahu tak mekap yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbatkan liang roma so bila liang roma dah terseumbat apa yang jadi? Opkoslah Cik Jerawat yang berkunjung. Sebaiknya bersihkan mekap dahulu sebelum masuk tidur bagi mengelakkan jerawat.
Perlu diingat Jerawat adalah masalah kulit yang boleh dikawal bukan dihapuskan. Kita akan bebas dari jerawat selagi kita konsisten mengamalkan langkah langkah pengawalan.
Jerawat boleh dirawat dengan pelbagai cara. Di antaranya:-
1. Menggunakan Pencuci Wajah dan Pembersih Mekap yang sesuai dengan kulit wajah kita.
2. Sentiasa bersihkan kawasan muka terutamanya kawasan kawasan yang jerawat kerap tumbuh sepeti di kawasan pipi, dagu, sekitar T-zone area supaya kadar minyak yang berkumpul tidak berlebihan.
3. Mengawal pemakanan kita terutamanya makanan berminyak
4. Hindari memegang wajah dengan tangan yang kotor.
5. Sekiranya anda mengalami stress, pastikan anda memakai produk anti-jerawat untuk membersihkan wajah anda. Gunakan pada keseluruhan wajah bagi membuang lebihan minyak yang ada,
Sebenarnya ada banyak faktor lagi yang menyebabkan jerawat. Ini hanyalah beberapa faktor sahaja yang CikSue kongsikan. Rajin rajinlah membaca untuk tahu berkenaan jerawat.
CikSue Mohamad
Perunding Kecantikan Anda
019.392.01.29






No comments:
Post a Comment