"Tak suka pakai pelembaplah sebab kulit aku dah memang berminyak"
"Ishhh tak sukalah pelembap sebab buat kulit berminyak"
Ini antara rungutan yang sering kita dengar apabila kita bercakap tentang pelembap. Rata rata wanita berpendapat pelembap membuat kulit wajah menjadi lebih berminyak.
Lebih dikenali sebagai moisturiser, pelembab wajah selalunya datang dalam bentuk krim. Walaupun rawatan kulit ini sering digunakan oleh para wanita, oleh kerana cuaca zaman ini yang agak luar biasa, para lelaki juga amat digalakkan untuk menggunakannya sekarang.
Setiap individu memiliki krim pelembab pilihan mengikut jenama kesukaan sendiri selain mementingkan fungsi khas yang bersesuaian dengan kulit masing-masing.
Kenapa perlunya pelembap?
Pelembap bukan sahaja berfungsi untuk melembapkan kulit tetapi ianya juga berfungsi sebagai pelindung daripada habuk yang akan menyumbatkan pori dan juga bertindak sebagai agen kawalan kelembapan kulit.
Apa akan jadi kalau kita tidak pakai pelembap?
Kulit terlihat kasar dan mudah mengelupas
Kulit yang tidak disapukan dengan pelembap akan mengalami masalah kekurangan nutrisi.
Akibatnya permukaan kulit akan menjadi kasar, warnanya tidak sekata dan pori-pori akan menjadi lebih besar. Saat cuaca kering, kulit yang kekurangan pelembap juga akan lebih mudah mengelupas.
Kulit terasa gatal
Kulit yang sangat kering biasanya terasa tegang dan gatal. Kita akan merasa tidak selesa dan akan membuatkan kita menggaru sehingga akhirnya menjadikan kulit menjadi rosak. Risikonya kulit akan menjadi merah dan mengelupas.
Kulit kusam dan terlihat lebih gelap
Kulit gelap yang terawat bakal terlihat lebih bercahaya daripada kulit putih yang kusam.
Inilah yang biasa terjadi jika kita jarang menggunakan pelembap. Kulit yang kekurangan nutrisi akan memiliki rona kusam dan terlihat lebih gelap.
Menjadikan jerawat semakin parah
Kulit yang kering menjadikan jerawat semakin parah. Ini kerana kulit memproduksi semakin banyak sebum untuk mengembalikan kelembapannya. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, gunakan pelembap bebas minyak tanpa aroma dan tanpa komedogenik untuk merawat jerawat pada wajah.
Kerutan terlihat semakin jelas
Kulit yang kering atau mengalami dehidrasi akan membuatkan semua garis halus pada kulit wajah akan jelas kelihatan. Jika kita melewatkan penggunaan pelembap, garis halus di bahagian wajah akan semakin jelas kelihatan.
Pelembap berfungsi menjaga kesihatan lapisan elastin dan kolagen. Jika kulit tidak mendapatkannya dalam jumlah yang memadai, wajah akan terlihat lebih berusia.
Itu adalah serba sedikit antara kesan daripada tidak menggunakan pelembap wajah..so dah tau kesan kesannya pada kulit wajah agak agak korang insaf tak lepas ni? Banyak terdapat produk pelembap di pasaran sekarang. Pilihlah pelembap yang sesuai dengan kulit kita bagi memastikan kulit mendapat manfaat sepenuhnya.
CikSue Mohamad
Perunding Kecantikan Anda
019.392.01.29