Monday, December 23, 2019

SKINVIGORATE SONIC SKINCARE SYSTEM

DULU 400 kali pergerakan seminit. SEKARANG 12,000 kali pergerakan per minit.
DULU hanya ada 2 kelajuan. SEKARANG ada 3 kelajuan & 1 minit auto shut offf. 1 minit auto shit off ni fungsinya macam alarm. Nak bagi kita tak over mencuci 😊

Kalau DULU pakai batery tapi SEKARANG dah guna USB je. Chargeable. Takdela asyik cepat habis je bateri dan yang paling penting takdelah rosak sebab lama sangat biar bateri dalam tu berkarat.
Yang lagi best DULU water resistant je korang tapi SEKARANG IPX7 waterproof standard😱

Dulu kita panggil Skinvigorate Brush tapi sekarang ni SKINVIGORATE SONIC SKIN CARE SYSTEM 😊Wahhhhh!! Dulu boleh guna dengan cleanser je tapi SEKARANG boleh guna dengan SERUM!! Woww! Hebatt kan?? Jadi SEKARANG lah masanya untuk uolsss mencuba ☺️

Nak tahu macam mana? #AskMeNow

Daftar sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay sekarang dan nikmati pelbagai faedah yang menarik.
Don't limit yourself...let's fly high 🛫

Friday, August 16, 2019

Apa NON COMEDOGENIC tu?

Hi korang 🙋‍♀️

Pernah dengar tak perkataan NON COMEDOGENIC? Pernah nampak tak di Facebook atau Instagram ada seller Produk Kecantikan yang cerita tentang produk mereka NON COMEDOGENIC? Kalau kita tak tau apa tu NON COMEDOGENIC sure tertanya tanyakan apa maksud tu?

OK meh Ciksue cerita sikit. Perkataan COMEDO merujuk kepada jerawat yang muncul bila liang pori tersumbat dan ianya noleh membentuk blackheads atau whiteheads. So korang mesti nak taukan NON COMEDOGENIC tu apa pulak?



NON COMEDOGENIC bermaksud tidak menyumbatkan liang pori yang menyumbang kepda terjadinya jerawat, blackheads atau whiteheads. Biasanya NON COMEDOGENIC ni merujuk kepada sesuatu produk.

Produk yang bersifat NON COMEDOGENIC ni amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana kulit jenis ini amat mudah untuk ditumbuhi jerawat kerana minyak yang berlebihan telah menyumbatkan liang pori. So produk bersifat NON COMNEDOGENIC ini amat sesuai kerana ianya tidak menyumbatkan liang pori dan dapat membantu memastikan benefits products sampai kepada kulit tanpa menyumbatkan liang pori.

Semoga tips yang dikongsi akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca. 
Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)


Wednesday, August 14, 2019

Jom Kenali ACID MANTLE atau SKIN BARRIER

Pernah tak alami keadaan kulit pedih apabila pakai produk kulit? Kulit jadi merah dan gatal gatal, sensitif pada apa sahaja termasuk persekitaran? Atau kulit jadi bertambah teruk apabila meningkatnya usia? 

Andai ada pernah alami perkara perkara di atas adalah berkemungkinan Acid Mantle anda telah rosak.

Apa ACID MANTLE atau SKIN BARRIER tu?
Ianya adalah lapisan pelindung semulajadi pada permukaan kulit kita. Acid Mantle terdiri daripada Sebum yang dirembeskan oleh kelenjar minyak, peluh, sel sel kulit mati dan lipid.

Apa Fungsi Acid Mantle?
Ianya berfungsi sebagai pertahanan badan daripada serangan bakteria, virus dan juga bahan radikal bebas yang berbahaya. Selain itu ianya juga berfungsi untuk menghalang kehilangan lembapan pada kulit. Acid mantle mempunya ph sekitar 4.5 ke 5.5



Sekiranya kita nak membeli produk penjagaan wajah, digalakkan unutk membaca dan mengetahui kandungan produk yang kita pakai bagi memastikan acid mantle kita tidak rosak. Pastikan produk yang digunakan tidak mengandungi kandungan ph yang tinggi.


Bila ph acid mantle ni berubah akan menyebabkan kerosakan acid mantle akibat daripada bahan radikal bebas, bakteria dan virus. Bila acid mantle ni rosak akan menyebabkan kulit jadi kekeringan, gatal gatal, pengelupasan, kemerah merahan, kulit jadi sensitif. Keadaan ini akan menyebabkan ekzema, psoriasis, dermatitits, jerawat dan keradangan kulit.

Acid mantle ni umpama baju yang kita pakai. Baju ni fungsinya untuk melindungi kita daripada terdedah kepada pandangan orang dan keadaan sekeliling. Bila baju koyak tu maksudnya baju tu dah rosak. Bila dah rosak dah tak boleh nak lindung kita lagi. So kenalah cari baju baru. 

So bila acid mantle ni rosak apa nak kena buat? Kenalah cari produk yang ph rendah.  Pastikan kulit kita cukup hidrasi. Guna produk yang membantu untuk menghidrat skin kita seperti softener yang mempunyai kandungan Hyaluronic Acid.

Lepas tu kena elakkan daripada lakukan perkara perkara ni:- 

→ Jangan cuci muka guna cleanser lebih dari 2x sehari. Nanti overcleanse.
→ Don't over exfoliate
→ Jangan guna toner yang tinggi kandungan alkohol
→ Tak pakai sun protector

So elakkan dari memakai produk yang salah bagi mengelakkan kerosakan acid mantle. Nak dapatkan kulit yang sihat bukannya kerja semalaman tetapi memakan masa yang lama. Apa yang penting jangan cepat give up dan sentiasa konsisten dengan rutin asas kita. dan Sentiasa prihatin dengan perubahan kulit kita.

Semoga tips yang dikongsi akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca. 


Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)





Friday, August 2, 2019

Nak Lipstick Yang Sesuai Dengan Anda? Ikut Tips2 Ni

Wanita dan Lipstick tak boleh dipisahkan. Ada ke yang tak setuju dengan statement Ciksue ni? Sekurang kurangnya sebatang lipstick mesti ada pada setiap wanita. Selalu peningkan nak pilih lipstick yang sesuai dengan kita? Lebih lebih lagi di pasaran sekarang terdapat pelbagai warna lipstick so lagilah rambang mata nak pilih.


Pernah tak beli lipstick tapi guna sekali je lepas tu simpan je tak berusik? Senario macam tu selalu jadi sebab warna lipstick tu tak kena dengan kita ataupun lipstick tu buat bibir menggelupas. Dalam entri ni Ciksue nak share tips nak pilih lipstick yang sesuai dengan kita.


1. Bentuk bibir
Perhatikan bentuk bibir anda terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membeli warna gincu yang cerah atau gelap. Ini kerana warna yang gelap boleh membuatkan bibir kelihatan lebih kecil.
Warna gincu yang cerah pula boleh membuatkan bibir tampak lebih besar. Justeru, sebelum membeli gincu, perhatikan bentuk bibir sama ada ia bersaiz kecil atau besar dan sebab untuk anda memiliki warna berkenaan.

2. Satu warna gincu yang mudah dipadankan dengan pelbagai warna pakaian
Walaupun anda begitu menyukai pelbagai pilihan warna gincu, pastikan sekurang-kurangnya memiliki satu warna yang boleh dipakai untuk ke mana saja. Pilih warna yang semula jadi dan menjadi kegemaran untuk digayakan setiap hari.

3. Warna kulit sesuai
Kita sering melihat wanita yang berkulit cerah beruntung kerana boleh mengenakan apa sahaja warna gincu. Apa sahaja warna yang dipilih nampak sepadan dan cantik. Mereka boleh saja bergaya semula jadi dengan warna gincu seperti nude, kuning kemerah-merahan atau coklat muda.
Warna merah muda juga tampak sesuai dengan ton kulit anda yang putih, namun elakkan daripada memilih rona gincu yang terlalu cerah kerana boleh menonjolkan kulit yang pucat.

4. Warna hangat untuk kulit sederhana
Untuk si manis berkulit sederhana jangan bimbang kerana ada banyak warna gincu yang bersesuaian dengan si pemilik kulit medium. Kulit medium terlihat sempurna dengan warna hangat seperti tembaga atau coklat kekuningan, namun sesekali boleh juga gayakan gincu rona merah, kuning kemerah-merahan atau fuschia (merah jambu keunguan).

5. Si pemilik kulit gelap
Pemilik kulit gelap juga boleh mengenakan gincu rona cerah atau warna kesukaan diinginkan. Tidak perlu bimbang untuk memilih rona gincu sesuai kerana di pasaran kini banyak warna yang ditampilkan oleh jenama tempatan atau antarabangsa.
Misalnya, warna merah tua, coklat kekuningan dan tembaga sangat sesuai dengan ton kulit gelap. Bukan itu saja, boleh juga gayakan gincu rona cerah seperti nude, namun perlu diingat elakkan rona oren untuk bibir anda.

6. Ketahui warna bibir
Cuba gunakan gincu bahagian bawah bibir saja dan bandingkan dengan atas bibir. Jika bayangannya jauh berbeza, pilih warna lain.
• Cerah: Bagi kulit cerah, boleh cuba gincu berwarna merah jambu, merjan, kuning kemerah-merahan, nude atau beige.
• Medium: Pemilik warna kulit medium sesuai dengan gincu berwarna mawar atau beri.
• Gelap: Warna kecoklatan dan ungu sesuai untuk mereka yang berkulit gelap.

7. Sebelum membeli, cuba terlebih dulu
Cukup sapukan gincu yang ingin dicuba di kawasan berdekatan jari kerana kulit di bahagian itu warnanya hampir sama dengan rona bibir. Jika memilih sapuan gincu jenis matte, ia akan memberikan kesan bentuk bibir yang lebih kecil. Sebaliknya, jika memilih gincu berkilau, ia akan membuatkan bentuk bibir kelihatan lebih besar.

8. Sesuaikan dengan penampilan
Boleh juga tentukan warna gincu sesuai dengan penampilan. Anda tidak perlu menyamakan warna gincu dengan baju. Misalnya, apabila mengenakan pakaian berwarna merah darah, bukan bererti anda harus menggunakan warna merah darah pada bibir juga.
Boleh ikuti panduan ini untuk menyesuaikan warna gincu yang sesuai:
• Nude: Warna nude sesuai hampir untuk semua penampilan, kasual atau dramatis.
• Merah: Warna merah akan membuat penampilan lebih menonjol walaupun pakaian yang digayakan biasa saja. Hindari mencampurkan warna gincu merah dengan pakaian yang terang atau motif mewah.
• Merah jambu: Warna merah jambu memang tersedia dalam berbagai jenis. Merah jambu yang sedikit lebih terang daripada warna semula jadi bibir sesuai untuk penampilan seharian.
• Beri: Warna beri yang cenderung gelap sesuai untuk kamu yang ingin tampil sedikit misteri.

Sumber:- Tekan Sini 


Tips Untuk Bibir Kekal Sihat



Sisa makanan dan juga lipstick yang tidak dibersihkan dengan betul boleh mengakibatkan bibir rosak. Rajin bersihkan bibir bagi mengelakkan bibir jadi hitam, menggelupas dan luka. 

a). Sentiasa bersihkan bibir menggunakan scrub yang mempunyai kandungan minyak bunga matahari kerana ianya mempunyai kandungan antioksidan dan Vitamin E yang memelihara bibir.

b). Gunakan lip balm selepas bibir di scrub bagi mengembalikan kelembapan bibir. Gunakan lip balm yang mempunyai kandungan shea butter dan ekstrak minyak jojoba. Campuran shea dan jojoba butters memberi keselesaan dan melegakan bibir. Shea Butter kaya dengan antioksidan Vitamin A dan E, membantu kulit untuk kekal lembap manakala Jojoba dapat melembapkan dan melindungi kulit.

Nak dapatkan tips penjagaan bibir? Baca entry ini

Semoga tips yang dikongsi akan dapat membantu korang untuk memilih lipstick yang sesuai dan memberi manfaat kepada yang membaca. Kalau nak dapatkan sample lipstick Mary Kay boleh contact Ciksue (tapi depends pada stock availability)


Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)











Tuesday, June 11, 2019

My Own Testimoni Guna Set Microdermabrasion

Salam & Hi to My Journal Readers

Hari tue saya ada share tentang Rawatan Microdermabrasion (Boleh rujuk di SINI untuk artikel penuh). Hari ni saya nak share testimoni saya sendiri menggunakan Set Microdermabrasion tersebut dan lakukannya sendiri di rumah.



Saya mula menggunakan set tersebut bulan Jun 2018 dan saya gunakan secara konsisten dan masih lagi menggunakannya sehingga sekarang. Keadaan tona kulit saya semakin sekata walaupun belum sepenuhnya lagi. 

Sebenarnya bila kita buat apa perkara sekalipun kita kena buat bersungguh sungguh dan komited. Bila kita buat separuh jalan kita takkan dapat hasil seperti yang kita harapkan. Begitulah juga dengan rutin asas skincare kita. Kalau kita selalu skip rutin asas skincare kita tu memang lambatlah nak dapat hasil yang kita harapkan.

Jangan racun kulit kita dengan produk produk yang mempunyai bahan terlarang hanya kerana sikap kita sendiri yang tidak sabar untuk mendapat hasil yang diharapkan. Remember this quotes "HEALTHY SKIN IS NOT AN OVERNIGHT PROCESS".  

Sayangi Organ terbesar kita iaitu kulit kita. Amanah Allah yang harus dijaga sebaiknya.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)

Friday, June 7, 2019

MICRODERMABRASION : LAKUKAN SENDIRI DI RUMAH

Pernah tak dengar tentang rawatan microdermabrasion?

Microdermabrasion adalah salah satu rawatan/kaedah bebas kimia dan bebas invasi yang dilakukan menggunakan microcrystals yang disapu lembut ke permukaan kulit. Prosedurnya akan melalui proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, white head, black head, jerawat sekaligus menjadikan kulit bersih licin, serta cerah berseri. Microdermabrasion juga merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation yang bermaksud proses peremajaan kulit. Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik.

SIAPAKAH YANG SESUAI MENDAPATKAN RAWATAN INI?
  • Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus
  • Mereka yang mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi  dan tona tidak sekata
  • Mereka yang mengalami masalah kulit kusam
  • Mereka yang mempunyai masalah pori-pori terbuka, pori tersumbat
  • Mereka yang mempunyai jerawat , white head dan black head.
(Baca selanjutnya di SINI)

Harga bagi rawatan Microdermabrasion di Malaysia adalah di antara RM200-RM600 tetapi sekiranya Klinik Estetik tersebut menggunakan Microdermabrasion Generasi Terbaru harganya akan lebih tinggi.

Tahu tak kita boleh buat sendiri kaedah Microdermabrasion ni di rumah? 

Di Mary Kay terdapat set Microdermabrasion yang terdiri daripada:-

Microdermabrasion Refine dan Pore Minimizer

Jom kita tengok fungsi set Microdermabrasion tersebut.

  • Microdermabrasion Refine - berfungsi untuk exfoliate sel kulit mati dan juga membersihkan segala kotoran di dalam pori pori kulit melalui pengelupasan fizikal yang halus dan lembut. Microdermabrasion Refine ini juga dapat membantu mengurangkan garis garis halus. Microdermabrasion Refine ini  digunakan seminggu 2-3 kali sahaja. Jangan cuci muka menggunakan Berus Skinvigorate  sekiranya kita bercadang untuk menggunakan Microdermabrasion Refine ini kerana untuk mengelakkan double exfoliation.

  • Pore Minimizer - berfungsi untuk menghaluskan tampilan pori yang telah dibersihkan oleh Microdermabrasion Refine tadi. Penggunaan Pore Minimizer secara berterusan akan dapat membantu mensekatakan kulit kita serta mengurangkan penampilan pori. Pore Minimizer ini boleh digunakan setiap hari waktu pagi dan malam.

                                             


Kenapa pori pori kita menjadi besar?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan pori pori kita menjadi besar. Antaranya adalah kotoran atau minyak yang tersumbat di dalam pori kerana pori kita bersifat elastik. Bila ada bendasing yang tersumbat di dalam pori secara automatik size pori kita akan berubah mengikut size bendasing tersebut. 

Selain daripada itu sel kulit mati yang tidak di exfoliate juga boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Faktor usia juga mempengaruhi size pori kita. Macam mana tu? Huhuhu semakin meningkat usia penghasilan kolagen juga semakin berkurangan. Ini bermakna keanjalan kulit kita juga berkurangan termasuklah pori kita. Akan mengendur dan nampak lebar dan besar.

Kulit yang terdedah kepada matahari tanpa memakai perlindungan SPF juga aoan mengakibatkan pori menjadi besar kerana elastin kulit akan rosak dan menyebabkan kulit kurang anjal. Ada banyak lagi penyebab pori kita jadi besar. Rajin rajinlah google dan membaca untuk tahu lebih lagi.

Mana satu yang anda pilih? Treatment yang boleh dibuat sendiri secara berulang ulang tetapi tak perlu belanja yang besar ataupun belanja yang besar untuk sekali treatment sahaja? Pilihan di tangan anda so buatlah pilihan yang bijak.

Semoga sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)




Thursday, May 30, 2019

Betul Ke Semakin Tinggi Nilai SPF Semakin Tinggi Juga Tahap Perlindungan?

Pernah dengar tak bila kita pakai Sunblock Ber-SPF Tinggi, Semakin Tinggi Tahap Perlindungan pada kulit kita?? 🤔

Meh kita tengok jawapan daripada MyDoctors 

Ianya SALAH sama sekali! Ramai dari kalangan kita mengandaikan bila dah pakai sekali pada waktu siang, kulit akan terlindung dari Sinar UV & sunburn sepanjang hari.

Kita sepatutnya memakai Sunblock/Sunscreen setiap 4 jam sekali untuk perlindungan yang berterusan selagi kita masih berada di luar.

Jika buat aktiviti yang berpeluh seperti berenang, berlari dan sebagaibya kita perlu memakai Sunblock/Sunscreen dengan lebih kerap iaitu setiap 2 jam sekali.

Sunblock SPF 30 pun sudah memadai & disarankan untuk memilih yang “Broad Spectrum” untuk melindung kulit kita dari Sinar UVA & UVB.

Selalunya pada botol sebagai contoh botol Mary Kay Sun Protector ada dinyatakan "SPF 30/PA+++"
Perlu ada label SPF & PA tu yang menunjukkan sunblock/sunscreen anda adalah Broad Spectrum.

Contoh contoh Sunblock/Sunscreen/ Sun Protector





Takde Beauty Consultant lagi? Jom whatsapp CikSue www.wasap.my/+60193920129 


#ciksuejourney
#marykaybeautyconsultant
#positivevibes
#mymarykaylife
#mypassion❤️
#freesamples
#freeskinanalysis
#freeconsultation
#freeskincareclass
#careeropportunity

Wednesday, March 6, 2019

Sayangi kulit..Lindungi Daripada UVA/UVB


No photo description available.

Cahaya2 UV yang menyebabkan exposure kepada cahaya matahari merbahaya kepada kita. Cahaya2 UV boleh tembus kulit dan mengakibatkan perubahan struktur sel kulit dgn mengubah fiber2 elastin kulit yg akn mengakibatkan kulit mengalami proses penuaan yg lebih cepat daripada sepatutnya dan lebih teruk mengakibatkan kanser kulit.

Sunblock/sunscreen bertindak sebagai pelindung kepada kulit. Namun bkn bermaksud dgn pemakaian sunblock/sunscreen membolehkan berjemur di bawah matahari lebih daripaday ang sepatutnya.
Kalau kerja harian kita hanya dlm opis dan jarang berada di bawah terik matahari memadailah anda memakai sunscreen dgn SPF15

Apa SPF tu? 🤔 SPF bermksd Sun protection factor. Nilai SPF yg tggi bermksd lebih lamaperlindungan bawah matahari yg diberi

Jika anda gunakan sunblock yang mempunyai SPF15 bermaksud Sunblock yang digunakan bertahan untuk lindungi kulit anda selama 2.5 jam shj dan slps itu anda perlu apply semula sunblock.
Contoh pengiraan SPF, SPF15 = 15 x 10 minit (tempoh seseorg blh duduk bwh matahari) = 150 minit atau 2.5 jam.
Kesimpulannya pilihlah sunblock mengikut keperluan rutin harian kita 😊😘

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

Image may contain: text





Friday, February 22, 2019

TIMEWISE RENEWING GEL MASK

Hi korang 👋🏼

Sekarang ni cuaca panas litlit kan...kakak even dok dalam opis je hari2 mesti habis minum air 3liter tu pun x cukup uolsss...same goes with our skin...perlukan air yang mencukupi bagi memastikan kulit kekal lembap

                            Image may contain: flower



Renewing Gel Mask Mary Kay ini berfungsi untuk:-

 Mengunci lembapan agar kulit kekal lembap
 Membantu meredakan kulit yang menggelupas akibat terlalu kering
 Menyerap minyak pada kulit yang terlalu berminyak
 Menyuburkan kulit
 Membuat kulit rasa lebih tegang, lembut dan sihat
 Membantu mengurangkan penampilan pori, garis halus dan kedutan 

Garis halus serta kedutan akan nampak ketara apabila kulit tak cukup lembapan atau ertikata lainnya kulit kering. Kulit berminyak pun perlu tau gel mask ni bagi mengekalkan lembapan..

Yang paling penting ekstrak acai beri yang ada di dalam gel mask ini bertindak sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas.

Apa RADIKAL BEBAS tu? 🤔
Radikal bebas terhasil daripada asap rokok, alkohol pencemaran udara etc.


                        Image may contain: text


Korang tau tak Gel mask ni xperlu tunggu 10 ke 15 minit utk dibersihkan? In fact gel mask ni korang bole bawak tido tau 😉

Dah lepas korang apply semua step nite skincare routine tu last sekali apply gel mask ni and terus je tido...esok pagi bangun baru bersihkan and korang akan dapat lihat dan rasa perubahan pada skin korang

Korang nak pakai tiap2 malam pun boleh sebab gel mask ni supplement for your skin 😊



So pastikan kulit kita mendapat air/lembapan yang secukupnya bagi memastikan kulit sihat cantik dan glowing 

Semoga sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)