Pernah tak dengar tentang rawatan microdermabrasion?
Microdermabrasion adalah salah satu rawatan/kaedah bebas kimia dan bebas invasi yang dilakukan menggunakan microcrystals yang disapu lembut ke permukaan kulit. Prosedurnya akan melalui proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, white head, black head, jerawat sekaligus menjadikan kulit bersih licin, serta cerah berseri. Microdermabrasion juga merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation yang bermaksud proses peremajaan kulit. Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik.
SIAPAKAH YANG SESUAI MENDAPATKAN RAWATAN INI?
- Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus
- Mereka yang mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi dan tona tidak sekata
- Mereka yang mengalami masalah kulit kusam
- Mereka yang mempunyai masalah pori-pori terbuka, pori tersumbat
- Mereka yang mempunyai jerawat , white head dan black head.
(Baca selanjutnya di SINI)
Harga bagi rawatan Microdermabrasion di Malaysia adalah di antara RM200-RM600 tetapi sekiranya Klinik Estetik tersebut menggunakan Microdermabrasion Generasi Terbaru harganya akan lebih tinggi.
Tahu tak kita boleh buat sendiri kaedah Microdermabrasion ni di rumah?
Di Mary Kay terdapat set Microdermabrasion yang terdiri daripada:-
Microdermabrasion Refine dan Pore Minimizer
Jom kita tengok fungsi set Microdermabrasion tersebut.
- Microdermabrasion Refine - berfungsi untuk exfoliate sel kulit mati dan juga membersihkan segala kotoran di dalam pori pori kulit melalui pengelupasan fizikal yang halus dan lembut. Microdermabrasion Refine ini juga dapat membantu mengurangkan garis garis halus. Microdermabrasion Refine ini digunakan seminggu 2-3 kali sahaja. Jangan cuci muka menggunakan Berus Skinvigorate sekiranya kita bercadang untuk menggunakan Microdermabrasion Refine ini kerana untuk mengelakkan double exfoliation.
- Pore Minimizer - berfungsi untuk menghaluskan tampilan pori yang telah dibersihkan oleh Microdermabrasion Refine tadi. Penggunaan Pore Minimizer secara berterusan akan dapat membantu mensekatakan kulit kita serta mengurangkan penampilan pori. Pore Minimizer ini boleh digunakan setiap hari waktu pagi dan malam.
Kenapa pori pori kita menjadi besar?
Ada beberapa faktor yang menyebabkan pori pori kita menjadi besar. Antaranya adalah kotoran atau minyak yang tersumbat di dalam pori kerana pori kita bersifat elastik. Bila ada bendasing yang tersumbat di dalam pori secara automatik size pori kita akan berubah mengikut size bendasing tersebut.
Selain daripada itu sel kulit mati yang tidak di exfoliate juga boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Faktor usia juga mempengaruhi size pori kita. Macam mana tu? Huhuhu semakin meningkat usia penghasilan kolagen juga semakin berkurangan. Ini bermakna keanjalan kulit kita juga berkurangan termasuklah pori kita. Akan mengendur dan nampak lebar dan besar.
Kulit yang terdedah kepada matahari tanpa memakai perlindungan SPF juga aoan mengakibatkan pori menjadi besar kerana elastin kulit akan rosak dan menyebabkan kulit kurang anjal. Ada banyak lagi penyebab pori kita jadi besar. Rajin rajinlah google dan membaca untuk tahu lebih lagi.
Mana satu yang anda pilih? Treatment yang boleh dibuat sendiri secara berulang ulang tetapi tak perlu belanja yang besar ataupun belanja yang besar untuk sekali treatment sahaja? Pilihan di tangan anda so buatlah pilihan yang bijak.
Semoga sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada yang membaca.
Takde Beauty Consultant lagi? Meh cepat whatsapp Ciksue (0193920129)

No comments:
Post a Comment