Selalu tak terjadi mekap nampak bercapuk dan tak tahan lama? Stresskan bila situasi macam tu terjadi. Tapi dalam entry kali ni Ciksue nak share tips untuk mekap tahan lama dan tidak bercapuk.
Sebelum kita mula bersolek kita perlu prepare skin kita bagi memastikan kulit kekal sihat dan cantik selepas disolek.
1. Bersihkan wajah menggunakan cleanser yang sesuai dengan jenis kulit. ini bagi memastikan kulit kita bebas daripada kotoran.
2. Sapukan serum wajah bagi memastikan kulit menyerap khasiat mineral dan vitamin.
3. Pakai pelembap mengikut jenis kulit anda. Pelembap penting bagi mengekalkan kelembapan kulit. Gunalah pelembap yang mengandungi SPF.
4. Primer berfungsi untuk memberi perlindungan kepada wajah, memastikan mekap tahan lebih lama. Selain itu, primer juga akan membuatkan mekap nampak lebih licin dan flawless serta mengurangkan penampilan pori.
5. Jangan ingat skincare je ikut jenis kulit. Foundation pun sama tau. Pilihlah foundation mengikut jenis kulit anda. Matte sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Luminious wear sesuai untuk kulit normal dan kering. Ada jugak foundation berbentuk krim. Pilihlah ikut kesuaian masing masing.
6. Last sekali kita semburlah finishing makeup spray bagi memastikan mekap kita dilock dan tahan lama.








No comments:
Post a Comment